Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

22 maut Taufan Amphan melanda Bangladesh dan India

Puting beliung paling dahsyat membadai beberapa kawasan di Bangladesh dan bahagian timur India, meragut nyawa sekurang-kurangnya 22 orang.

Anggaran Waktu Membaca:
22 maut Taufan Amphan melanda Bangladesh dan India

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 21 May 2020 08:29PM Dikemas Kini : 21 May 2020 08:33PM

INDIA: Puting beliung paling dahsyat membadai beberapa kawasan di Bangladesh dan bahagian timur India, meragut nyawa sekurang-kurangnya 22 orang.

Taufan Amphan melanda kawasan pantai Teluk Benggala pada Rabu (20 Mei), dengan membawa angin sekencang 165 kilometer sejam.

Taufan itu menyebabkan kerosakan besar di beberapa daerah di Benggala Barat sehingga menyebabkan kesukaran untuk mendekati kawasan-kawasan yang terjejas teruk.

Amphan merupakan puting beliung paling ganas yang pernah melanda bahagian timur India dan Bangladesh dalam masa lebih 20 tahun.

Para pegawai turut prihatin bahawa COVID-19 mungkin menular di pusat-pusat perlindungan sementara yang penuh sesak sedang jumlah kes jangkitan di kedua-dua negara itu terus meningkat. 

Sumber : Agensi berita/AI/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan