Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

22 maut disambar petir

Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh akibat dipanah petir di pasar Leswa di Azad Kashmir pada Isnin (15 Jul), lapor agensi berita Anadolu yang memetik pegawai dan media tempatan. 

Anggaran Waktu Membaca:
22 maut disambar petir

Gambar fail ribut petir di New Delhi, India. (Gambar fail: PRAKASH SINGH/AFP)

Diterbitkan : 15 Jul 2019 10:08PM Dikemas Kini : 15 Jul 2019 10:10PM

KARACHI: Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh akibat dipanah petir di pasar Leswa di Azad Kashmir pada Isnin (15 Jul), lapor agensi berita Anadolu yang memetik pegawai dan media tempatan. 

Mangsa termasuk sembilan anggota Tableegi Jamaat, yang tinggal di masjid tempatan berhampiran, serta dua anggota tentera. Demikian menurut stesen penyiar tempatan Aaj News, menukil pegawai Pengurusan Bencana Azad Kashmir.

Kejadian berlaku di bandar Leswa Lembah Neelam - sebuah destinasi pelancongan terkenal - berdekatan garis kawalan sempadan di lembah Kashmir. 

Menurut pegawai itu, kejadian turut menyebabkan pasar berkenaan musnah sama sekali. 

Selain petir dan kilat, hujan lebat turut mencetuskan banjir hingga menyaksikan beberapa kenderaan pelancong dihanyut arus deras. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan