Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2018 tahun ketiga paling panas Australia

Australia mencatatkan tahun ketiga paling panas di negara itu pada 2018, selepas dilanda kemarau teruk di beberapa bahagian negara itu dan musim kebakaran hutan berpanjangan.

Anggaran Waktu Membaca:
2018 tahun ketiga paling panas Australia

Tahun 2018 adalah tahun ketiga paling panas dalam sejarah Australia. (Gambar fail: David Gray/Reuters)

Diterbitkan : 10 Jan 2019 07:29PM Dikemas Kini : 10 Jan 2019 07:33PM

MELBOURNE: Australia mencatatkan tahun ketiga paling panas di negara itu pada 2018, selepas dilanda kemarau teruk di beberapa bahagian negara itu dan musim kebakaran hutan berpanjangan.

Demikian menurut Biro Kaji Cuaca Australia, yang meramalkan keadaan cuaca kering akan berterusan untuk beberapa bulan akan datang.

Suhu maksimum di merata Australia mencecah paras rekod kedua tertinggi, iaitu 1.55 darjah Selsius lebih tinggi daripada suhu purata. Tahun 2013 merupakan tahun paling panas di Australia.

Secara purata, suhu di Australia pada 2018 adalah 1.14 darjah Selsius lebih tinggi berbanding suhu purata antara 1961 dengan 1990. Ini sekaligus menjadikan sembilan daripada 10 tahun lalu lebih panas daripada suhu purata, menurut kenyataan iklim tahunan biro tersebut.

Kadar hujan yang dicatat secara tahunan juga adalah yang ketujuh paling rendah dalam sejarah Australia di bahagian tenggara negara itu.

"Tahun lalu merupakan tahun sukar bagi para penduduk yang terpaksa berdepan dengan musim kemarau," kata Lynette Bettio, pakar iklim kanan Biro itu.

Biro berkenaan tidak menjangkakan banyak perubahan dalam jangka masa pendek.

"Cuaca panas dan kering seperti yang dialami sepanjang 24 bulan lalu akan berterusan bagi tempoh tiga bulan akan datang," kata Karl Braganza, ketua iklim biro itu, kepada para wartawan.

Kadar hujan yang dicatatkan di Australia pada 2018 adalah 413 milimeter, iaitu 11 peratus lebih rendah daripada kadar purata dari 1961 hingga 1990. Menurut biro berkenaan, ini disebabkan oleh keragaman semula jadi dan perubahan iklim.  

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan