Images
  • uighur thailand
    Tahanan-tahanan itu meloloskan diri dengan mengorek lubang di dinding penjara (Gambar: REUTERS). 

20 tahanan Uighur yang lari dari Thailand dipercayai mahu menyusup ke M'sia

BANGKOK: Polis Thailand menjalankan operasi memburu 20 orang kaum Uighur dari China yang melarikan diri dari pusat tahanan di Selatan negara itu.

Mereka disyaki cuba menyusup masuk ke Malaysia. Lima tahanan yang lolos berjaya ditahan semula tetapi 20 lagi masih diburu.

Tahanan-tahanan itu meloloskan diri dengan mengorek lubang di dinding penjara menggunakan jubin-jubin pecah dan selimut sebagai tali.

Mereka merupakan sebahagian daripada lebih 200 orang kaum Uighur yang ditahan polis Thai pada 2014.

Kira-kira separuh daripada mereka dihantar pulang ke China setahun kemudian. Separuh lagi mengakui diri mereka sebagai warga Turki dan meminta dipulangkan ke negara itu. 

- CNA/NU/aq

Top