Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

20 orang dikuarantin di Rome dibenarkan pulang

20 orang yang berhubung rapat dengan sebuah pasangan dari China yang diuji positif virus COVID-19, dibenarkan keluar dari hospital Spallanzani pada pagi Khamis (13 Feb) selepas menjalani kuarantin selama dua minggu.

Anggaran Waktu Membaca:
20 orang dikuarantin di Rome dibenarkan pulang

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 14 Feb 2020 05:43PM Dikemas Kini : 14 Feb 2020 05:49PM

ITALI: 20 orang yang berhubung rapat dengan sebuah pasangan dari China yang diuji positif virus COVID-19, dibenarkan keluar dari hospital Spallanzani pada pagi Khamis (13 Feb) selepas menjalani kuarantin selama dua minggu.

Kumpulan yang dibebaskan itu disahkan dalam keadaan sihat dan tidak dijangkiti virus berkenaan.

Sejauh ini, hanya ada tiga kes virus itu di Itali.

Tiga pesakit tersebut masih dirawat di Hospital Spallanzani di Rome yang merupakan Institut Nasional Itali bagi Penyakit-penyakit Berjangkit.

Mereka terdiri daripada dua warga China dan seorang rakyat Itali yang bekerja sebagai penyelidik di Wuhan.

Dua warga China berkenaan berada dalam keadaan stabil namun masih berada dalam unit jagaan rapi manakala rakyat Itali itu beransur pulih dan tidak mempunyai sebarang simptom lain atau demam.

Sumber : Agensi berita/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan