Images
  • filipina bus
    Para penumpang menantikan bas di sebuah jalan utama di Manila. (Gambar: TED ALJIBE/AFP)

20 orang dari sebuah keluarga maut dalam nahas ketika menuju ke gereja sempena Krismas

MANILA: Tragedi menimpa sebuah keluarga besar yang hendak ke sebuah gereja sempena Krismas di utara Filipina hari ini (25 Dis).

20 anggota keluarga itu terkorban apabila bas kecil yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas lebih besar di bandar Agoo.

Keluarga itu dalam perjalanan menuju ke sebuah gereja di Manaogog yang memang popular di kalangan penduduk. 26 orang lagi cedera termasuk 17 penumpang bas yang lebih besar itu.

Menurut ketua polis Agoo, Roy Villanueva, kenderaan kecil itu keluar dari lorongnya untuk memotong kenderaan di depannya ketika kejadian berlaku.

Punca nahas tersebut sedang disiasat tetapi polis mengesyaki kemungkinan pemandu bas kecil itu tertidur atau mabuk.

- AFP/MU/sm

Top