Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

20 maut, jutaan penduduk dipindahkan di India, Bangladesh gara-gara Bulbul

Seramai 20 orang maut dan lebih 2 juta yang lain berteduh di pusat-pusat perlindungan sementara sedang puting beliung Bulbul melanda pantai-pantai India dan Bangladesh, membawa bersama angin kencang dan hujan lebat, menurut para pegawai pada Ahad (10 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
20 maut, jutaan penduduk dipindahkan di India, Bangladesh gara-gara Bulbul

Kerosakan pada sebuah rumah akibat siklon Bulbul (Gambar: AFP/Munir Uz Zaman)

Diterbitkan : 11 Nov 2019 08:05AM Dikemas Kini : 11 Nov 2019 09:53AM

KHULNA: Seramai 20 orang maut dan lebih 2 juta yang lain berteduh di pusat-pusat perlindungan sementara sedang puting beliung Bulbul melanda pantai-pantai India dan Bangladesh, membawa bersama angin kencang dan hujan lebat, menurut para pegawai pada Ahad (10 Nov).

Puting beliung tersebut mencatat kelajuan 120 kilometer sejam semasa ia mula melanda pada Sabtu, menyebabkan pelabuhan dan lapangan terbang ditutup di kedua-dua negara.

Agensi berita Press Trust of India (PTI) melaporkan 10 terbunuh di wilayah Benggala Barat, India, termasuk dua yang maut apabila pokok-pokok tumbang lalu menghempap rumah mereka dan satu lagi yang tertindih dahan yang tumbang di Kolkata.

Dua lagi maut dekat wilayah Odisha, menurut PTI.

Di Bangladesh pula, lapan dilaporkan terkorban - lima akibat pokok-pokok yang tumbang - dan sekurang-kurangnya 20 yang lain cedera.

Lima orang dilaporkan hilang setelah sebuah kapal nelayan karam di sungai Meghna berdekatan pulau di selatan, Bhola, menurut AFP.

Puting beliung itu juga memusnahkan sekitar 4,000 rumah kampung, kata setiausaha pengurusan bencana Shah Kamal kepada AFP.

Laman berita Malaysia Astro Awani pula melaporkan 6,000 rumah dimusnahkan dan 36 nelayan hilang.

AFP melaporkan beberapa kawasan turut dilanda banjir, menukil menteri pengurusan bencana Enamur Rahman.

Pihak berkuasa berkata puting beliung itu semakin melemah apabila ia sampai ke darat.

"Ia kini bertukar menjadi tekanan rendah, menyebabkan hujan lebat," timbalan ketua biro cuaca Bangladesh Ayesha Khatun memberitahu AFP.

Bulbul membadai pantai dekat kawasan Sundarban, hutan pokok bakau terbesar di dunia yang terletak antara Bangladesh dan India. Kawasan itu menjadi habitat kepada haiwan-haiwan terancam termasuk harimau Benggala dan ikan lumba-lumba Irrawaddy.

Menurut Cik Khatun lagi, kawasan pokok bakau itu melindungi pantai daripada kesan maksimum ribut yang membadai.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : AFP/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan