Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

20 maut akibat Taufan Son Tinh di Vietnam

Hujan lebat diramalkan berterusan di Hanoi susuli Taufan Son Tinh

Anggaran Waktu Membaca:
20 maut akibat Taufan Son Tinh di Vietnam

(Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 22 Jul 2018 08:28PM Dikemas Kini : 22 Jul 2018 08:30PM

HANOI: Hampir 20 orang mati, manakala 13 masih hilang dalam kejadian banjir kilat di Vietnam menyusuli Taufan Son Tinh yang membadai negara itu, kelmarin.

Selain banjir kilat, hujan lebat yang dibawa taufan itu juga mencetuskan beberapa kejadian tanah runtuh di kawasan pedalaman dan bandar, termasuk ibu kota Hanoi.

Pihak berkuasa Vietnam mengarahkan para penduduk di kawasan-kawasan terjejas dipindahkan ke tempat lebih tinggi.

Sejauh ini, lebih 5,000 buah rumah mengalami kerosakan atau musnah sama sekali.

Tanah pertanian seluas 100,000 hektar pula ditenggelami air, merosakkan hasil tanamannya.

Selain itu, hujan lebat dijangka berterusan selama beberapa hari ini.  

Sumber : CNA/NT/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan