Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

20 cedera tangga bergerak runtuh

Sekurang-kurangnya 20 orang cedera dengan salah seorang daripada mereka cedera parah, apabila tangga bergerak di stesen kereta api Rome secara tiba-tiba bergerak dengan dengan laju dan runtuh.

Anggaran Waktu Membaca:
20 cedera tangga bergerak runtuh

Tangga bergerak yang runtuh.

Diterbitkan : 24 Oct 2018 07:54PM Dikemas Kini : 24 Oct 2018 07:57PM

ROME: Sekurang-kurangnya 20 orang cedera dengan salah seorang daripada mereka cedera parah, apabila tangga bergerak di stesen kereta api Rome secara tiba-tiba bergerak dengan dengan laju dan runtuh.

Kebanyakan mereka yang cedera merupakan peminat bola sepak CSKA Moscow yang sedang menuju ke stadium Olimpik Rome bagi menyaksikan perlawanan antara pasukan itu dengan AS Roma dalam Liga Juara-Juara.

Menurut media tempatan, para saksi mengatakan bahawa kerosakan itu berlaku apabila para peminat yang kelihatan seperti dalam keadaan mabuk, mula melonjak-lonjak dan menari di atas tangga gerak tersebut.

Bagaimanapun, para peminat menafikan berbuat begitu.

Beberapa mangsa dilihat dibalut dengan selimut dan memakai pendakap leher, sedang mereka dipindahkan dari tempat kejadian oleh kakitangan kecemasan.

“Kami akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian, dan pada masa sama, kami sedia memberikan bantuan kepada semua mangsa yang cedera serta keluarga mereka,” kata Datuk Bandar Rome, Virginia Raggi ketika ditemui wartawa di tempat kejadian.

Sumber : CNA/NT/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan