Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 wilayah Australia bersiap siaga setelah individu terjangkit lakukan perjalanan rentas wilayah

Dua wilayah Australia diletakkan pada tahap berjaga-jaga COVID-19 setelah seorang wanita yang terjangkit virus tersebut dan suaminya melakukan perjalanan dari Victoria - yang kini di bawah perintah berkurung - ke New South Wales dan Queensland, sambil mengunjungi beberapa tempat dalam perjalanan.

Anggaran Waktu Membaca:
2 wilayah Australia bersiap siaga setelah individu terjangkit lakukan perjalanan rentas wilayah

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 10 Jun 2021 12:16PM Dikemas Kini : 10 Jun 2021 12:21PM

SYDNEY: Dua wilayah Australia diletakkan pada tahap berjaga-jaga COVID-19 setelah seorang wanita yang terjangkit virus tersebut dan suaminya melakukan perjalanan dari Victoria - yang kini di bawah perintah berkurung - ke New South Wales dan Queensland, sambil mengunjungi beberapa tempat dalam perjalanan mereka.

Pihak berkuasa New South Wales dan Queensland sedang mengejar masa untuk menjejak kontak-kontak rapat dan mengesan tapak penularan virus itu. Pasangan itu mungkin berdepan dengan hukuman kerana melanggar sekatan sempadan COVID-19.

Wanita berusia 44 tahun itu diuji positif COVID-19 sebaik tiba di Queensland, menurut pihak berkuasa pada lewat Rabu (9 Jun), dan suaminya turut diuji positif.

Menteri Kesihatan Queensland Yvette D'Ath memberitahu para wartawan di Brisbane pada Khamis bahawa hasil ujian pasangan itu membayangkan bahawa mereka mungkin berada di penghujung tempoh berjangkit.

"Ini bermakna risikonya adalah lebih rendah berbanding yang kita jangkakan semalam, di mana ia adalah berita positif," kata D'Ath. Tiada kes lain dilaporkan di wilayah itu.

Australia sebahagian besarnya dapat membendung kesemua penularan sebelum ini menerusi perintah berkurung yang dikuatkuasakan dengan pantas, kawalan sempadan daerah dan penjejakan kontak pantas, dengan hanya 30,200 kes dan 910 kematian dilaporkan sejak pandemik melanda. Ia melaporkan sifar kes jangkitan sepanjang sebahagian besar tahun ini.

Pihak berkuasa Queensland berkata mereka sedang menyiasat jika pasangan itu, yang memandu dari Melbourne, sudah mendapatkan pengecualian perjalanan untuk memasuki wilayah itu, walaupun wilayah asal mereka di Victoria diletakkan di bawah perintah berkurung yang ketat.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan