Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 warga S'pura mati atas kapal persiaran 'Voyager of the Seas'

Dua rakyat Singapura meninggal dunia ketika berada di atas kapal persiaran 'Voyager of the Seas', menurut syarikat pengendalinya - Royal Caribbean Cruises - pada Rabu (15 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
2 warga S'pura mati atas kapal persiaran 'Voyager of the Seas'

Kapal persiaran 'Voyager of the Seas'. (Gambar: Royal Caribbean Cruises)

Diterbitkan : 15 May 2019 09:36PM Dikemas Kini : 15 May 2019 09:37PM

SINGAPURA: Dua rakyat Singapura meninggal dunia ketika berada di atas kapal persiaran 'Voyager of the Seas', menurut syarikat pengendalinya - Royal Caribbean Cruises - pada Rabu (15 Mei).

Menurut seorang jurucakap syarikat kapal persiaran berkenaan, kedua-dua penumpang - berusia 61 dan 75 tahun - mati akibat "sebab semula jadi yang tidak berkaitan".

"Berdasarkan prosedur standard kami, kami memaklumkan kepada keluarga penumpang berkenaan dan menghulurkan bantuan kepada mereka semasa tempoh sukar ini," tulis jurucakap itu dalam emelnya kepada CNA.

Menurut laman Cruise Mapper, kapal 'Voyager of the Seas' bertolak dari Singapura pada jam 4.30 petang hari Isnin dan tiba di Pulau Pinang pada Selasa. Kemudian ia berlepas dari Pulau Pinang dan sampai ke Phuket pada Rabu. Kapal persiaran berkenaan dijangka kembali ke Singapura pada Jumaat.

Menurut laman web Royal Caribbean Cruises, kapal persiaran itu memulakan pelayaran pertamanya pada 1999 dan mempunyai 1,643 bilik tetamu. Ia belayar ke beberapa destinasi termasuk Australia, Fiji dan New Zealand. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan