Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 warga AS cedera akibat serangan tikaman di Amsterdam

Dua individu yang cedera akibat serangan tikaman yang berlaku di stesen kereta api Centraal di Amsterdam pada Jumaat (31 Ogos) sudah dikenal pasti sebagai warga Amerika Syarikat. Duta Besar Amerika ke Belanda Pete Hoekstra berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu (1 September).

Anggaran Waktu Membaca:
2 warga AS cedera akibat serangan tikaman di Amsterdam

Beberapa bahagian stesen kereta api Centraal di Amsterdam dikepung susuli insiden tikaman itu. (Gambar: Remko de Waal/AFP)

Diterbitkan : 01 Sep 2018 08:14PM Dikemas Kini : 02 Sep 2018 02:39PM

AMSTERDAM: Dua individu yang cedera akibat serangan tikaman yang berlaku di stesen kereta api Centraal di Amsterdam pada Jumaat (31 Ogos) sudah dikenal pasti sebagai warga Amerika Syarikat.

Duta Besar Amerika ke Belanda, Pete Hoekstra, berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu (1 Sep).

Encik Hoekstra berkata, kedua-dua pelancong itu sedang mengunjungi bandar tersebut semasa kejadian itu.

Menurut polis Belanda, penyerang, yang dikenal pasti sebagai seorang warga Afghanistan, ditahan sejurus selepas insiden tersebut.

Polis menyatakan bahawa motif suspek belum lagi diketahui. 

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan