Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 wanita maut dalam nahas di Mersing

Dua wanita maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Jemaluang dekat Mersing pada Khamis malam (11 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
2 wanita maut dalam nahas di Mersing

Dua wanita maut dalam nahas di Mersing. (Gambar: Govindan Maripan/Facebook)

Diterbitkan : 12 Apr 2019 12:11PM Dikemas Kini : 12 Apr 2019 12:16PM

JOHOR BAHRU: Dua wanita maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Jemaluang dekat Mersing pada Khamis malam (11 Apr).

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mersing Pegawai Bomba Kanan II, Anuar Hussin, berkata kemalangan pada pukul 9.30 malam itu menyebabkan Zuriaty Abu Khalid, 36 tahun, dan Rohaya Ibrahim, 37 tahun, yang menaiki Proton Saga BLM maut di tempat kejadian.

Encik Anuar berkata dua lagi mangsa yang menaiki kenderaan pacuan empat roda Isuzu D-Max milik Ranhill SAJ pula iaitu K. Sathasevam, 48 tahun, dan Mizan Mohamed, 35 tahun, hanya cedera ringan.

"Pihak bomba mengambil masa 40 minit untuk mengeluarkan Zuriaty dan Rohaya yang tersepit dan sebaik tiba juga pihak ambulans sedang memberikan rawatan kepada mangsa yang cedera sebelum mengesahkan kedua-dua mangsa Proton BLM telah meninggal dunia.

"Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Mersing dan yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya," katanya menerusi kenyataan hari ini (12 Apr).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Cyril Edward Nuing, mengesahkan kemalangan tersebut berlaku di Kilometer 9, Jalan Mersing-Jemaluang ketika Isuzu D-Max berkenaan sedang dalam perjalanan dari Mersing ke Jemaluang.

Menurut beliau, Proton Saga BLM yang dinaiki Zuriaty dan Rohaya didapati datang dari arah Jemaluang ke Mersing dan memasuki laluan kenderaan pacuan empat roda itu, menyebabkan nahas tersebut.

"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Mersing bagi tujuan bedah siasat," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan