Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 wanita ini nyaris maut apabila tali buaian tinggi terputus di Rusia

Dua wanita nyaris maut apabila tali buaian tinggi yang dinaiki di atas bukit di Sulak Canyon di Republik Dagestan, Rusia terputus.

Anggaran Waktu Membaca:
2 wanita ini nyaris maut apabila tali buaian tinggi terputus di Rusia
Diterbitkan : 20 Jul 2021 10:35AM Dikemas Kini : 20 Jul 2021 10:36AM

RUSIA: Dua wanita nyaris maut apabila tali buaian tinggi yang dinaiki di atas bukit di Sulak Canyon di Republik Dagestan, Rusia terputus.

Rakaman video kejadian itu yang tular memaparkan kedua-dua wanita itu menaiki buaian sebelum talinya terputus akibat terhentak pada tiang ayunan di tebing berketinggian 1,920 meter sebelum ia terjatuh ke dalam gaung.

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa dilaporkan terselamat dan hanya mengalami cedera ringan selain trauma akibat kejadian itu.

Memetik sumber The Indian Express, mangsa terselamat apabila terjatuh atas sebuah pelantar kayu kecil yang dibina untuk mengurangkan kesan hentaman jika sebarang kejadian tidak diingini seperti ini berlaku.

Satu video yang tular menunjukkan orang ramai bersorak setiap kali kedua-dua wanita itu dihayun ke udara. Namun, keadaan berubah menjadi cemas apabila tali buaian terputus.

Susulan kejadian, pihak polis melancarkan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian di kawasan daya tarikan pelancong itu.

Ini termasuk untuk mengenal pasti sekiranya aktiviti itu mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan buat pengunjung.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan