Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 terbunuh dalam serangan anti Yahudi di Jerman

Polis Jerman sudah menangkap seorang lelaki berhubung kejadian serangan anti Yahudi di bandar Halle di bahagian timur negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Oct 2019 05:06PM Dikemas Kini : 10 Oct 2019 10:45PM

HALLE: Polis Jerman sudah menangkap seorang lelaki berhubung kejadian serangan anti Yahudi di bandar Halle di bahagian timur negara itu.

Dua orang terbunuh manakala dua lagi cedera.

Penyerangnya membawa selaras senapang patah dan sepucuk senjata api automatik serta memakai seragam tempur.

Dia dilaporkan cuba menyerbu ke dalam sebuah saumaah Yahudi tetapi gagal membuka pintunya.

Pada ketika itu, 80 orang berada di dalam saumaah tersebut sempena hari suci Yahudi, Yom Kipur.

Media Jerman mendedahkan identiti penyerangnya, Stephan Balliet, seorang rakyat tempatan yang berusia 27 tahun.

Dia dilaporkan merakam serangan itu dan menyiarkannya secara langsung di wadah online Twitch selama 35 minit.

Rakaman tersebut disaksikan kira-kira 2,000 orang sebelum ia dihapuskan dari wadah permainan video itu, yang dimiliki syarikat Amazon.

Sumber : Agensi berita/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan