Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 tahun untuk lihat kesan SST: Perunding cukai

Pengerusi Kumpulan Axelasia Inc Dr Veerinderjeet Singh berkata bahawa penilaian tahunan perlu dilakukan, seperti yang dilakukan setelah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan.

Anggaran Waktu Membaca:
2 tahun untuk lihat kesan SST: Perunding cukai

Dr Veerinderjeet Singh. (Gambar: Mohd Ariff Ithnin/Facebook)

Diterbitkan : 03 Aug 2018 09:55PM Dikemas Kini : 03 Aug 2018 10:07PM

KUALA LUMPUR: Kesan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 2.0 hanya boleh dilihat selepas dua tahun pelaksanaannya.

Pengerusi Kumpulan Axelasia Inc Dr Veerinderjeet Singh berkata bahawa penilaian tahunan perlu dilakukan, seperti yang dilakukan setelah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan.

“Tempoh masa dua tahun akan memberikan kita idea mengenai apa yang silap dan apa yang boleh ditambah baik, sama ada hasil yang diperoleh memenuhi tahap yang dijangkakan atau merosot kurang daripada unjuran. Penilaian boleh berasaskan sasaran kutipan dan keberkesanannya,” katanya.

Menurut Encik Veerinderjeet, tempoh masa dua tahun mencukupi memandangkan SST sudah pun dilaksanakan sebelum ini, dan bukan tiga tahun yang ditetapkan oleh Bank Dunia untuk melihat sama ada sistem itu stabil.

Menurut Veerinderjeet, perkara baharu yang diperkenalkan dalam SST 2.0 ialah kemudahan serahan pemfailan, pembayaran dan aplikasi secara online, yang memanfaatkan peluang penggunan teknologi pemfailan elektronik seperti dilakukan untuk GST.

Menerusi aplikasi online, proses ini akan menjadi lebih mudah dan cekap dan pada masa yang sama menghapuskan interaksi bersemuka, yang mungkin menjurus kepada rasuah, katanya.

Encik Veerinderjeet juga berkata banyak kos yang perlu dikeluarkan oleh syarikat untuk membangunkan sistem maklumat dan teknologi (IT) bagi GST, malangnya ini bukanlah tumpuan kerajaan.

Bagaimanapun, peralihan kepada SST tidak akan melibatkan kos yang lebih tinggi, kerana ia lebih mudah dan satu peringkat.

Satu lagi kelebihannya ialah sistem perakaunan GST sebenarnya membantu banyak syarikat menangani isu-isu dalam perakaunan mereka dan menjadikannya lebih cekap untuk memastikan setiap barang dikesan.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan