Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 remaja maut ditimpa jambatan runtuh di Kedah

Dua remaja lelaki berusia 17 tahun meninggal dunia dalam kejadian jambatan runtuh di Kedah, Malaysia, pada malam Isnin (10 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Sep 2018 11:44AM Dikemas Kini : 11 Sep 2018 09:37PM

ALOR SETAR: Dua remaja lelaki berusia 17 tahun meninggal dunia dalam kejadian jambatan runtuh di Kedah, Malaysia, pada malam Isnin (10 Sep).

Mayat kedua-dua mangsa, yang merupakan penunggang dan pembonceng motosikal ditemui tertimbus di bawah runtuhan sedalam 30 sentimeter, menurut pihak berkuasa.

Sebuah motosikal Yamaha juga ditemui di bawah runtuhan jambatan tersebut.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah berkata ia dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 10.27 malam dan mengerahkan 11 anggota bomba ke tempat kejadian, yang terletak berhampiran kawasan perumahan Taman Serdang, di daerah Bandar Baharu.

Menurutnya, anggota bomba melakukan pencarian di bawah runtuhan jambatan dengan membuat penggalian menggunakan cangkul bagi mengeluarkan mangsa yang tertimbus.

Mangsa pertama dijumpai pada 12.15 pagi, kata ketua polis daerah Bandar Baharu, Timbalan Superintendan Barudin Wariso dalam satu kenyataan. Mangsa kedua berjaya dikeluarkan sekitar lima minit kemudian. Kejadian runtuhan itu berlaku sekitar jam 10.15 malam, kata Superintendan Barudin.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik di tempat kejadian dan jenazah mereka dibawa ke Hospital Kulim.

Menurut polis, pihaknya belum mengenal pasti identiti mangsa, bagaimanapun menurut laporan media, kedua-dua mangsa adalah Muhammad Haikal Hakimi Mohd Noor dan Mohamad Haziq Ishak.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan