Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 remaja dihukum; lepaskan anjing baham kucing peliharaan

Dua remaja dikecam hebat oleh warga siber apabila dikenalpasti membunuh seekor kucing peliharaan secara kejam dengan melepaskan anjing untuk membaham haiwan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
2 remaja dihukum; lepaskan anjing baham kucing peliharaan

Bayang seekor kucing (Gambar hiasan: AFP)

Diterbitkan : 09 Nov 2018 12:36AM Dikemas Kini : 09 Nov 2018 12:38AM

WALES: Dua remaja dikecam hebat oleh warga siber apabila dikenalpasti berlaku kejam ke atas seekor haiwan.

Remaja berusia 15 dan 17 tahun itu, yang identiti mereka tidak boleh didedahkan, pada 9 Mei membunuh seekor kucing peliharaan secara kejam di Merthyr Tydfil, Wales.

Menurut laman Metro, rakaman CCTV menunjukkan seorang daripadanya mengumpan seekor kucing 13 tahun bernama Sully yang sedang bersembunyi di bawah kereta. Rakannya kemudian melepaskan anjing mereka untuk mengejar dan membaham Sully.

Pemilik Sully, yang enggan namanya didedahkan, berasa "amat sedih" atas "pembunuhan kejam" kucing peliharaan yang disifatkan sebagai "anggota keluarga" sendiri.

Berkongsi kepada Metro perasaannya ketika melihat rakaman insiden itu, beliau berkata: "Ia amat mengerikan. Saya terjerit-jerit mengharapkan Sully menyelamatkan dirinya namun anjing itu terlalu pantas".

"Apa yang saya saksikan tidak dapat saya lupakan - ia ibarat melihat anak saya sendiri diserang," kongsi beliau seperti ditukil Metro.

Menurut Metro lagi, kedua-dua remaja terlibat sudah dikenal pasti dan dihadapkan ke Mahkamah Juvenil Merthyr pada 25 September.

Mereka masing-masing didenda £300 (S$534), diharamkan menyimpan haiwan peliharaan selama 10 tahun dan dirujuk kepada agensi pesalah belia bagi kerja-kerja kemasyarakatan selama 12 bulan.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan