Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 rakyat Palestin maut, angka korban meningkat kepada 40

Dua rakyat Palestin yang cedera dalam pertempuran dengan Israel disahkan meninggal dunia hari ini (23 Apr), kata seorang pegawai Gaza. Kematian dua rakyat itu sekali gus membawa angka korban sejak Mac lalu kepada 40 orang.

Anggaran Waktu Membaca:
2 rakyat Palestin maut, angka korban meningkat kepada 40

(SAID KHATIB / AFP)

Diterbitkan : 23 Apr 2018 07:05PM Dikemas Kini : 23 Apr 2018 07:07PM

BANDAR GAZA: Dua rakyat Palestin yang cedera dalam pertempuran dengan Israel disahkan meninggal dunia hari ini (23 Apr), kata seorang pegawai Gaza. Kematian dua rakyat itu sekali gus membawa angka korban sejak Mac lalu kepada 40 orang.

Menurut seorang jurucakap Kementerian Kesihatan tempatan, dua rakyat yang maut itu bernama Tahrir Wahada, 18 tahun, dan Abdullah Shamali, 20 tahun.

Wahada ditembak di kepala semasa dalam pertempuran di bahagian timur Khan Yunis. Shamali pula meninggal dunia kerana "mengalami beberapa kecederaan akibat tembakan di bahagian perut", kata jurucakap Encik Ashraf al-Qudra.

Sebahagian besar 40 rakyat Palestin yang dibunuh Israel sejak pertempuran pada 30 Mac, ditembak di sempadan sementara beberapa yang lain terbunuh akibat serangan udara Israel.

Beribu-ribu rakyat Palestin berkumpul di sempadan setiap Jumaat bagi menuntut hak untuk pulang ke kampung halaman mereka yang kini ditakluki Israel.

Beberapa penunjuk perasaan membaling batu dan membakar tayar ke arah askar-askar Israel.

Sebagai tindak balas, pasukan Israel melepaskan tembakan sehingga ramai yang cedera.

Tentera Israel menegaskan bahawa ia berbuat demikian untuk melindungi diri dan menghentikan percubaan para penunjuk perasaan untuk mencerobohi sempadan yang memisahkan wilayah mereka dengan Israel.

Lebih 440 penunjuk perasaan mengalami luka akibat tembakan atau terhidu gas pada Jumaat, menurut para penyelamat.

Tindakan Israel itu mengundang kritikan banyak pihak yang menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Kesatuan Eropah untuk menjalankan siasatan.

Sejak lebih 10 tahun, Israel mengepung kawasan di Gaza, dan bertempur dengan Hamas dalam tiga peperangan sejak 2008. 

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan