Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 perompak bertopi keledar, tukul besi larikan emas RM10,000

Dua lelaki dipercayai bertopi keledar tutup muka penuh dan bersenjatakan tukul besi hanya mengambil masa selama dua minit untuk melarikan barang emas bernilai anggaran RM10,000 (S$3,300) dari sebuah kedai emas di Menglembu pada Isnin (14 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
2 perompak bertopi keledar, tukul besi larikan emas RM10,000

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 15 Jan 2020 07:50AM Dikemas Kini : 15 Jan 2020 07:52AM

IPOH: Dua lelaki dipercayai bertopi keledar tutup muka penuh dan bersenjatakan tukul besi hanya mengambil masa selama dua minit untuk melarikan barang emas bernilai anggaran RM10,000 (S$3,300) dari sebuah kedai emas di Menglembu pada Isnin (14 Jan).

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata dalam kejadian kira-kira pukul 3.10 petang itu, dua lelaki masing-masing bertopi keledar berwarna putih dan biru meluru ke dalam kedai emas berkenaan lalu memecahkan kaca peti pameran menggunakan tukul dan melarikan barangan emas yang diletakkan di atas dulang.

"Ketika kejadian, terdapat pemilik kedai iaitu sepasang suami isteri bersama dua anak mereka berusia dua tahun dan 10 tahun di dalam premis," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian semalam.

Beliau berkata polis kini giat mengesan kedua-dua suspek dan sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500.

Katanya lagi, polis juga sedang meneliti rakaman kamera tertutup dan video mengenai kejadian untuk mengenal pasti identiti kedua-dua suspek.

Bagaimanapun tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian itu dan kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan