2 penunjuk perasaan ditembak mati pasukan keselamatan Iraq
Sekurang-kurangnya dua orang penunjuk perasaan ditembak mati oleh pasukan keselamatan sedang kegelisahan berterusan di ibu kota, Baghdad dan bahagian selatan negara itu.
BAGHDAD: Sekurang-kurangnya dua orang penunjuk perasaan ditembak mati oleh pasukan keselamatan sedang kegelisahan berterusan di ibu kota, Baghdad dan bahagian selatan negara itu.
Lebih 20 yang lain cedera dalam gerakan yang dilancarkan oleh pihak berkuasa terhadap penunjuk perasaan.
Tunjuk perasaan terus dilancarkan meskipun Perdana Menteri, Adel Abdul-Mahdi sudah meletak jawatan.
Walaupun para penunjuk perasaan mengalu-alukan perletakan jawatan itu, langkah itu dianggap tidak mencukupi.
Mereka menuntut rombakan keseluruhan sistem politik yang mereka katakan penuh rasuah dan menyebabkan ramai penduduk terus dihimpit kemiskinan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.