Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 penunggang motosikal tembak maut guru wanita di kepala

Seorang guru wanita yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menunaikan solat terawih maut ditembak di Kg Sanor, Yarang, dekat Pattani di Thailand pada Jumaat (31 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
2 penunggang motosikal tembak maut guru wanita di kepala

Gambar fail. (Gambar: Brendan Smialowski/AFP)

Diterbitkan : 01 Jun 2019 07:42PM Dikemas Kini : 01 Jun 2019 07:44PM

PATTANI: Seorang guru wanita yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menunaikan solat terawih maut ditembak di Kg Sanor, Yarang, dekat Pattani di Thailand pada Jumaat (31 Mei).

Dalam kejadian pada 8.55 malam (waktu tempatan), mangsa iaitu Asma Abdul Halim berusia 42 tahun - seorang guru tadika di Kg Sadawa membonceng motosikal yang ditunggangi suaminya, seorang pegawai Rela di Daerah Yarang, Pattani.

Penolong Ketua Polis Siasatan Jenayah Daerah Yarang Kapt. Pol. Kajornsak Kueamanee berkata dua individu yang menaiki motosikal lain melepaskan tembakan ke kepala mangsa.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Suami mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu,” kata Kapt. Pol. Kajornsak.

Ini merupakan kes kedua wanita maut ditembak individu yang tidak dikenali dalam minggu ini.

Khamis lalu, seorang wanita yang sedang membuat persiapan untuk menjual juadah berbuka puasa maut ditembak seorang individu di depan gerainya di Kampung Ringae, Chanet, Narathiwat.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan