Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 penduduk Palestin terbunuh dalam pertempuran di Carikan Gaza

Lebih banyak bantahan dijalankan di Timur Tengah untuk menolak keputusan Amerika mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

Anggaran Waktu Membaca:
2 penduduk Palestin terbunuh dalam pertempuran di Carikan Gaza

Gambar: REUTERS

Diterbitkan : 23 Dec 2017 08:02PM Dikemas Kini : 23 Dec 2017 08:04PM

GAZA: Lebih banyak bantahan dijalankan di Timur Tengah untuk menolak keputusan Amerika mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

Di Carikan Gaza, sekurang-kurangnya dua orang Palestin terbunuh dalam sebuah pertempuran dengan pasukan keselamatan Israel.

Selain itu, lagi enam orang cedera akibat tembakan, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Sejak pengumuman Presiden Donald Trump mengenai status Baitulmakdis itu, keganasan meletus, dengan penunjuk-penunjuk perasaan melontar batu ke arah tentera Israel, serta membakar kenderaan di jalan-jalan raya, menurut satu kenyataan tentera Israel.

Tindakan mereka dibalas pula dengan tembakan yang dilepaskan oleh tentera Israel ke arah penunjuk-penunjuk perasaan.

Amnesty International menggesa pihak berkuasa Israel untuk henti menggunakan "kuasa keterlaluan".

"Hakikat bahawa peluru digunakan dalam bantahan di Gaza dan Tebing Barat sangat mengejutkan," menurutnya.

Sumber : AFP/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan