Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 pendaki asing maut di Gunung Everest

Dua pendaki dari Amerika Syarikat dan Switzerland maut di Gunung Everest, menjadi korban pertama musim ini, kata penganjur ekspedisi di Nepal pada Khamis (13 Mei). 

Anggaran Waktu Membaca:
2 pendaki asing maut di Gunung Everest

Para pendaki mendaki berhampiran Khemah Induk Gunung Everest. (Gambar fail: Prakash Mathema/AFP)

Diterbitkan : 13 May 2021 02:59PM Dikemas Kini : 13 May 2021 03:01PM

KATHMANDU: Dua pendaki dari Amerika Syarikat dan Switzerland maut di Gunung Everest, menjadi korban pertama musim ini, kata penganjur ekspedisi di Nepal pada Khamis (13 Mei).

Secara purata, sekitar lima pendaki meninggal dunia setiap tahun di puncak tertinggi di dunia itu.

Namun pada musim-musim sejak kebelakangan ini, Gunung Everest menyaksikan lonjakan dalam jumlah pendaki lantas menyebabkan kesesakan yang disalahkan sebagai punca beberapa kematian.

"Dua pendaki meninggal dunia semalam," kata Mingma Sherpa dari Seven Summit Treks kepada AFP.

Menurut pemandu arah Chhang Dawa daripada pertubuhan yang sana, pendaki Switzerland Abdul Waraich, 40 tahun, yang sudah sampai ke puncak meninggal dunia dekat puncak gunung itu dan mengalami keletihan.

"Kami menghantar dua pemandu arah tambahan dengan oksigen dan makanan, namun malangnya, mereka tidak dapat menyelamatkannya," kata beliau di Instagram.

Pendaki Amerika Syarikat, Puwei Liu, 55 tahun, sudah sampai ke kawasan Hillary Step tetapi terpaksa dibawa turun selepas mengalami keletihan dan penglihatannya dikaburi salji, menurut penganjur.

Beliau berjaya sampai di Kem 4 tetapi kemudiannya meninggal dunia pada lewat Rabu, kata pemandu arah Chhang Dawa.

Sejak kebelakangan ini, jumlah pendaki yang mahu menakluk puncak Everest bertambah dan difahamkan ia menjadi antara punca meningkatnya jumlah kematian pendaki di gunung tertinggi di dunia.

Untuk meredakan kesesakan, kementerian pelancongan Nepal mengumumkan peraturan yang menghadkan jumlah orang yang boleh mendaki ke puncak gunung tersebut bagi setiap jendela cuaca yang sesuai.

Penganjur ekspedisi telah diberitahu untuk menghantar pasukan pendaki ke puncak dengan ketat berdasarkan bilangan yang diizinkan atau had jumlah pendaki yang akan naik pada satu-satu masa.

Industri pelancongan Nepal teruk terjejas pada musim lalu akibat COVID-19 tetapi Nepal sudahpun melonggarkan peraturan kuarantin untuk menarik lebih ramai pendaki biarpun mengalami kesukaran untuk merawat mereka sekiranya mereka dijangkiti koronavirus.

Nepal sudah mengeluarkan 408 permit mendaki pada musim ini, meningkat daripada rekod 381 permit semasa musim lalu pada 2019.  

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan