Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 pantai popular Sydney ditutup selepas ikan jerung dikesan

Dua pantai popular di Australia ditutup buat sementara waktu pada Selasa (8 Jan) selepas ikan jerung dilihat di kawasan berhampiran. 

Anggaran Waktu Membaca:
2 pantai popular Sydney ditutup selepas ikan jerung dikesan

Pantai Brighton le Sands di Sydney (Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 09 Jan 2019 03:22PM Dikemas Kini : 09 Jan 2019 04:10PM

SYDNEY: Dua pantai popular di Australia ditutup buat sementara waktu pada Selasa (8 Jan) selepas ikan jerung dilihat di kawasan berhampiran.

Seekor daripadanya dilaporkan berada dalam jarak beberapa meter sahaja dari pantai, yang sepatutnya adalah kawasan bebas jerung.

Agensi berita China Xinhua melaporkan bahawa para penduduk tempatan di pantai Brighton Le Sands di Sydney ternampak seekor ikan jerung sepanjang tiga meter berlegar-legar sekitar kawasan berjaring, yang bertujuan memisahkan orang yang mandi-manda dengan hidupan liar.

Kanak-kanak dilihat berenang di perairan itu tidak lama sebelum amaran dikeluarkan. Mereka berjaya meninggalkan kawasan itu tanpa sebarang kecederaan manakala polis bertindak menutup pantai tersebut serta menghantar isyarat amaran.

Pada hari yang sama juga, seekor jerung putih besar sepanjang empat meter dilihat di pantai Tamara oleh dron, yang menggunakan teknologi baru dan direka bagi mengesan serta memantau haiwan itu.

Pihak berkuasa menyatakan haiwan pemangsa itu sedang mengejar seekor anjing laut yang membawanya ke arah kawasan pantai.

Lokasi berenang popular di Sydney, yang terletak berhampiran Pantai Bondi yang terkenal di seluruh dunia, sudah ditutup buat sementara waktu sehingga ikan-ikan jerung tersebut diusir ke laut oleh penyelamat. 

Sumber : Bernama/AI/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan