Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 maut selepas bas terjunam 60 meter ke dalam sungai di China

Para penyelamat menemui dua mayat selepas sebuah bas awam terjunam hampir 60 meter ke dalam sungai, selepas merempuh sebuah kereta di bandar Chongqing di bahagian barat daya China pada Ahad (28 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
2 maut selepas bas terjunam 60 meter ke dalam sungai di China

Operasi menyelamat sedang giat dijalankan selepas sebuah bas terjunam ke dalam sungai Yangtze di China. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 28 Oct 2018 08:09PM Dikemas Kini : 28 Oct 2018 08:12PM

BEIJING: Para penyelamat menemui dua mayat selepas sebuah bas awam terjunam hampir 60 meter ke dalam sungai, selepas merempuh sebuah kereta di bandar Chongqing di bahagian barat daya China pada Ahad (28 Okt). Demikian menurut laporan stesen televisyen negara itu.

Bas itu dilaporkan melanggar sebuah kereta privet yang dipandu dari arah bertentangan di sebatang jambatan empat lorong pada sekitar 10.00 pagi waktu tempatan di daerah Wanxian di bandar tersebut.

Bas itu berubah laluan lalu terbabas dan merempuh pagar jambatan sebelum terjunam ke dalam sungai Yangtze.

Bas berkenaan terjunam sekitar 50 meter ke dalam sungai, menurut laporan stesen televisyen negara.

Buat masa ini, masih belum jelas jumlah penumpang yang berada dalam bas tersebut semasa nahas itu berlaku.  

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan