2 maut kereta api Sydney-Melbourne tergelincir
Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh apabila sebuah kereta api dari Sydney menuju ke Melbourne tergelincir dari landasan hari ini (20 Feb), menurut pihak berkuasa Australia.
MELBOURNE: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh apabila sebuah kereta api dari Sydney menuju ke Melbourne tergelincir dari landasan hari ini (20 Feb), menurut pihak berkuasa Australia.
Polis Victoria menyatakan beberapa lagi penumpang cedera dalam kejadian itu.
Menurut media tempatan, kereta api itu membawa sekurang-kurangnya 160 penumpang apabila ia tergelincir sekitar jam 7.45 malam, dekat bandar Wallan, kira-kira 50 kilometer dari Melbourne.
Beberapa foto yang dimuat naik di media sosial menunjukkan beberapa gerabak terbabas dari landasan.
Lebih 20 kenderaan kecemasan dikerahkan ke tapak nahas manakala sebuah pusat rawatan asas dibangunkan di sebuah stesen minyak berhampiran.
Khidmat ambulans Victoria menyatakan seorang penumpang diterbangkan bagi mendapatkan rawatan di Melbourne manakala empat mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan stabil.
Sejumlah lagi cedera ringan.
Susulan nahas itu, landasan kereta api antara Sydney dan Melbourne ditutup.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.