Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 maut dalam nahas kereta api di Jerman

Sekurang-kurangnya dua orang maut sementara 14 yang lain mengalami kecederaan susuli nahas kereta api di selatan Jerman.

Anggaran Waktu Membaca:
2 maut dalam nahas kereta api di Jerman

Pasukan bomba dan para penyelamat di tapak kemalangan. (Gambar: MATTHIAS BALK/AFP/DPA)

Diterbitkan : 08 May 2018 05:15PM Dikemas Kini : 08 May 2018 05:17PM

AICHACH, JERMAN: Sekurang-kurangnya dua orang maut sementara 14 yang lain mengalami kecederaan susuli nahas kereta api di selatan Jerman.

Pengendali kereta api negara, Deutshe Bahn menyatakan bahawa sebuah kereta api penumpang merempuh kereta api membawa barangan dekat stesen Aichach di wilayah Bavaria.

"Terdapat beberapa individu yang cedera parah dan ada pula yang mengalami kecederaan ringan," kata seorang jurucakap Deutsche Bahn kepada agensi media DPA.

Salah seorang mangsa yang meninggal dunia merupakan pemandu kereta api manakala seorang lagi adalah penumpang wanita.

Syarikat pengendali tersebut sedang menjalankan siasatan dan tidak mendedahkan sebarang kenyataan mengenai punca kemalangan. 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan