Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 maut dalam kemalangan kereta Tesla di Texas dipercayai tanpa pemandu

Dua lelaki terbunuh setelah sebuah kenderaan Tesla yang dipercayai bergerak tanpa pemandu, merempuh sebatang pokok pada Sabtu (17 Apr) malam di utara Houston, menurut pihak berkuasa.

Anggaran Waktu Membaca:
2 maut dalam kemalangan kereta Tesla di Texas dipercayai tanpa pemandu

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 19 Apr 2021 09:59AM Dikemas Kini : 19 Apr 2021 10:00AM

HOUSTON: Dua lelaki terbunuh setelah sebuah kenderaan Tesla yang dipercayai bergerak tanpa pemandu, merempuh sebatang pokok pada Sabtu (17 Apr) malam di utara Houston, menurut pihak berkuasa.

"Tiada orang berada di tempat duduk pemandu," kata Sarjan Cinthya Umanzor dari Harris County Constable Precinct 4.

Kenderaan Tesla Model S 2019 itu sedang bergerak pada kadar kelajuan yang tinggi apabila ia gagal untuk membelok di selekoh sebelum terbabas daripada jalan raya lalu merempuh sebatang pokok dan terbakar, menurut stesen televisyen tempatan KHOU-TV.

Setelah api dipadamkan, pihak berkuasa menemui dua penumpang dalam kenderaan berkenaan, seorang berada di tempat duduk penumpang di depan dan seorang lagi di tempat duduk belakang kenderaan berkenaan, menurut laporan itu yang menukil Konstabel Mark Herman dari Harris County Precinct 4.

Tesla dan Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Nasional tidak segera menjawab permintaan untuk mengulas.

Kejadian itu berlaku sedang perhatian meningkat berhubung sistem memandu separuh automasi Tesla ekoran beberapa kemalangan yang berlaku baru-baru ini dan sedang ia bersiap sedia untuk melancarkan sofwe 'pandu diri sepenuhnya' yang dikemas kini kepada lebih ramai pelanggan.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan