Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 maut dalam bantahan di Iran

Dua orang terbunuh di bandar Dorud, barat Iran sedang bantahan awam terus merebak ke seluruh negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Dec 2017 05:28PM Dikemas Kini : 31 Dec 2017 11:04PM

IRAN: Dua orang terbunuh di bandar Dorud, barat Iran sedang bantahan awam terus merebak ke seluruh negara itu.

Timbalan gabenor wilayah Lorestan Habibollah Khojastehpour mengesahkan demikian hari ini (31 Dis).

"Malam semalam (30 Dis), berlaku bantahan haram di Dorud dan beberapa orang menunjuk perasaan di jalan-jalan raya sebagai respons terhadap gesaan daripada kumpulan-kumpulan liar yang menyebabkan berlaku pertempuran," kata Encik Khojastehpour kepada stesen televisyen negara itu.

"Malangnya, dalam pertempuran ini dua warga dari Dorud terkorban."

Encik Khojastehpour bagaimanapun tidak menjelaskan mengenai pembunuhan itu namun berkata pasukan keselamatan tidak menembak ke arah orang ramai.

Video-video yang dilaporkan dari Dorud, menunjukkan mangsa-mangsa yang berdarah sedang diangkat dalam keadaan sesak, tersebar di media sosial semalam namun tidak dapat disahkan.

Saluran Telegram Pengawal Revolusi menyalahkan, "mereka yang memegang senjata tentera dan yang digunakan untuk memburu" yang "menyertai tunjuk perasaan dan mula menembak secara rambang ke arah orang ramai dan bangunan gabenor", atas pembunuhan itu.

Ia menyatakan dua orang terbunuh dan enam yang lain cedera.

Encik Khojastehpour berkata: "Dalam pertempuran itu, tiada peluru dilepaskan ke arah orang ramai oleh polis, tentera mahupun pasukan keselamatan.

"Harapannya adalah supaya bantahan itu berakhir dengan aman tetapi disebabkan kehadiran orang-orang dan kumpulan tertentu, malangnya, dua orang terbunuh."

Sumber : AFP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan