Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 maut; beratus-ratus ribu dipindahkan di Jepun akibat hujan lebat

Sekitar 168,000 orang diarahkan meninggalkan rumah mereka disebabkan bahaya tanah runtuh dan banjir berlanjutan

Anggaran Waktu Membaca:
2 maut; beratus-ratus ribu dipindahkan di Jepun akibat hujan lebat

(Gambar: JIJI PRESS / AFP)

Diterbitkan : 06 Jul 2018 03:08PM Dikemas Kini : 06 Jul 2018 03:10PM

TOKYO: Beratus-ratus ribu penduduk di sebahagian besar kawasan barat dan tengah Jepun dipindahkan dari rumah-rumah mereka, hari ini (6 Jul).

Ini, sedang hujan lebat melanda negara itu mengakibatkan air sungai melimpah mencetuskan tanah runtuh serta meragut sekurang-kurangnya dua nyawa.

Agensi Kaji Cuaca Jepun menyatakan bahawa kadar hujan mencatat paras "bersejarah" sambil memberi amaran tentang hujan yang akan terus melanda beberapa bahagian Jepun yang sudah pun mengalami hujan lebat.

Sehingga pagi tadi, sebahagian daripada pulau utama Honshu mencatat kadar hujan seganda lebih banyak berbanding kadar biasa pada bulan tersebut.

Sekurang-kurangnya, dua orang dilaporkan mati. Seorang daripada mereka disedut masuk ke dalam saliran paip longkang, manakala seorang wanita tua dipukul tiupan angin kencang. Beberapa orang yang lain pula hilang, termasuk seorang mangsa yang berada dalam keretanya untuk melakukan khidmat penghantaran susu pada awal pagi.

Seorang budak lelaki sekolah rendah dilaporkan hilang selepas dibawa arus air banjir di dalam sebuah parit.

Menurut Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana Jepun, berpuluh-puluh orang mengalami kecederaan, empat di antara mereka cedera parah. Sejumlah orang ditimbus tanah runtuh dan para pekerja penyelamat sedang berusaha menyelamatkan mereka.

Sekitar 168,000 orang diarahkan meninggalkan rumah mereka disebabkan bahaya berlakunya tanah runtuh dan banjir berlanjutan. Manakala, lagi 1.2 juta orang dinasihati supaya meninggalkan kawasan terjejas, pada awal pagi tadi.

Sumber : Reuters/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan