2 maut bantah diskriminasi Yahudi keturunan Habsyah di Israel
Ribuan rakyat Israel mengadakan tunjuk perasaan di simpang jalan-jalan raya utama sebagai membantah apa yang didakwa mereka tindakan kejam polis terhadap orang-orang Yahudi keturunan Habsyah di negara itu.
TEL AVIV, ISRAEL: Ribuan rakyat Israel mengadakan tunjuk perasaan di simpang jalan-jalan raya utama sebagai membantah apa yang didakwa mereka tindakan kejam polis terhadap orang-orang Yahudi keturunan Habsyah di negara itu.
Bantahan di seluruh negara itu semalam ( meletus selepas seorang belia Yahudi keturunan Habsyah mati ditembak seorang anggota polis di bandar Haifa pada Ahad lalu.
Tunjuk perasaan itu diketuai para aktivis dari masyarakat Yahudi keturunan Habsyah.
Mereka menuduh polis melakukan diskriminasi secara terancang terhadap anggota masyarakat minoriti itu.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata beliau bersimpati dengan masyarakat itu dan mengakui adanya masalah-masalah yang perlu ditangani.
Namun PM Netanyahu memberi amaran kepada para penunjuk perasaan pihak berkuasa akan bertindak terhadap perbuatan menyekat jalan-jalan raya.
Sekitar 20,000 orang Yahudi di Habsyah dibawa ke Israel secara rahsia pada pertengahan tahun-tahun 1980an dan awal 1990an.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.