Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 lelaki ditangkap kerana baling bom ke dalam surau

Polis menahan dua lelaki susulan kejadian satu bom petrol (molotov cocktail) yang dilontarkan ke dalam kawasan surau di Damansara Damai, Petaling Jaya ketika jemaah sedang menunaikan solat subuh pada pagi Ahad lalu (19 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki ditangkap kerana baling bom ke dalam surau

Kesan terbakar berhampiran pintu pagar surau berkenaan. (Gambar: Wat Kamal Abas/ Facebook)

Diterbitkan : 23 Nov 2017 08:06AM Dikemas Kini : 23 Nov 2017 08:15AM

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki susulan kejadian satu bom petrol (molotov cocktail) yang dilontarkan ke dalam kawasan surau di Damansara Damai, Petaling Jaya ketika jemaah sedang menunaikan solat subuh pada pagi Ahad lalu (19 Nov).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata kedua-dua lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 20-an itu ditahan di sebuah kedai makan di Bandar Sri Damansara pada pukul 3.00 pagi.

“Motif kejadian masih dalam siasatan polis,” kata ACP Zani dalam satu kenyataan semalam (22 Nov).

ACP Zani menambah mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam (22 Nov) sehingga Selasa depan (28 Nov) bagi membantu dalam siasatan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 pagi itu, kesemua jemaah yang sedang menunaikan solat subuh dilaporkan selamat setelah botol yang berisi minyak petrol dipercayai dibaling oleh dua lelaki yang menaiki motosikal ke arah surau. Mujur, ia tidak meletup.

Kejadian tersebut disedari salah seorang jemaah surau yang baru selesai menunaikan solat subuh apabila melihat kesan terbakar berhampiran pintu pagar surau berkenaan. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan