Images
  • monkey file
    Gambar fail monyet (Gambar: AFP/Money SHARMA)

2 lelaki ditangkap di India kerana guna monyet untuk curi wang

NEW DELHI: Dua lelaki yang berkeliaran di ibu kota India menggunakan monyet untuk merompak mangsa berjaya ditangkap, dedah polis New Delhi pada Sabtu (10 April).

Pasangan individu itu ditangkap setelah seorang mangsa mengadu kepada para pegawai bahawa tiga lelaki yang membawa monyet mengepungnya dan merompak 6,000 rupee (S$108) daripadanya, kata seorang pegawai polis tempatan kepada AFP.

Pihak berkuasa di seluruh India bergelut dengan ancaman monyet di Delhi dan bandar-bandar sesak lain, di mana haiwan tersebut sering memasuki rumah untuk mencari makanan.

Namun adalah satu kesalahan di sisi undang-undang untuk warga India menangkap haiwan itu.

"Ketika mangsa sedang duduk di beca auto, lelaki-lelaki terbabit juga memasuki (kenderaan) dan menyuruh seekor monyet duduk di tempat duduk depan dan seekor lagi di belakang," kata pegawai itu.

"Lelaki tersebut itu mengambil wang peguam dari dompetnya dan melarikan diri bersama monyet."

Polis mengesyaki geng tersebut sebagai dalang kes kecurian serupa yang lain dan para pegawai menubuhkan pasukan khas untuk mengesan pelakunya, yang ditangkap pada Khamis di sebuah perhentian bas bersama haiwan mereka.

Pencuri ketiga masih berkeliaran manakala monyet-monyet terlibat sudah dihantar ke pusat perlindungan haiwan.

Monyet sering dilatih sebagai penghibur jalanan di India dan kejadian haiwan berbulu itu menyerang penduduk bukan jarang berlaku.

Tahun lalu, sekumpulan monyet menyerang seorang pegawai perubatan dan mengambil sampel darah pesakit yang didapati positif COVID-19 di kota Meerut di utara India.

- AFP/TQ/tq

Top