Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 lelaki dipercayai letup bom di restoran Kanada

15 orang cedera, tiga daripada mereka dalam keadaan tenat apabila sebuah bom buatan sendiri meletup di sebuah restoran di Mississauga, bandar keenam terbesar di Kanada.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 May 2018 04:07PM Dikemas Kini : 25 May 2018 09:54PM

ONTARIO: 15 orang cedera, tiga daripada mereka dalam keadaan tenat apabila sebuah bom buatan sendiri meletup di sebuah restoran di Mississauga, bandar keenam terbesar di Kanada.

Polis mengatakan dua lelaki dilihat memasuki restoran Bombay Bhel dan meletupkan bom.

Kedua-dua suspek kemudiannya meninggalkan dengan segera, kawasan beli-belah itu.

Belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam kejadian itu.

Polis mendedahkan gambar di Twitter, menunjukkan dua lelaki memakai baju menutup kepala berjalan ke dalam premis dan seorang daripadanya dilihat membawa satu objek.

Polis juga sedang menyiasat motif serangan.

Serangan di Mississauga itu berlaku sebulan selepas pemandu merempuh van Ryder disewa ke arah orang ramai ketika waktu sesak makan tengah hari di Toronto, meragut 10 nyawa dan mencederakan 15 lain.

Sumber : Reuters/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan