Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 lelaki didakwa kerana hantar sms lucah

Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini (24 Nov), dengan masing-masing dikenakan tujuh dan tiga tuduhan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) lucah kepada seorang wanita. Kejadian tersebut berlaku kira-kira tiga tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki didakwa kerana hantar sms lucah

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 24 Nov 2017 06:24PM Dikemas Kini : 24 Nov 2017 06:27PM

SEREMBAN: Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini (24 Nov), dengan masing-masing dikenakan tujuh dan tiga tuduhan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) lucah kepada seorang wanita. Kejadian tersebut berlaku kira-kira tiga tahun lalu.

Nor Zeland Ithnin, 57 tahun, yang bekerja sebagai pembantu di sebuah klinik di Pahang menghadapi tujuh pertuduhan menghantar SMS lucah kepada wanita itu di Bandar Baharu Sunggala, Port Dickson antara 5.26 pagi hingga 9.20 pagi pada 16 hingga 19 Ogos 2014.

Othman Kadir, 68 tahun, yang merupakan pembantu di sebuah klinik di Melaka pula menghadapi tiga tuduhan menghantar SMS lucah kepada wanita yang sama dan di tempat sama di antara 12.29 malam hingga 4.03 pagi pada 6 hingga 7 Ogos 2014.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak lebih RM50,000 (S$16,400) atau dipenjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Hakim Ahmad Fairuz Mohd Puzi.membenarkan Nor Zeland dan Othman, masing-masing diikat jamin RM1,500 (S$490) dan RM1,000 (S$330) dengan seorang penjamin, bagi semua pertuduhan yang dihadapkan. Perbicaraan akan kembali berlangsung pada 27 Disember. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan