2 lelaki diberkas bergaduh guna buku lima di kedai kopi Taman Jurong
Dua lelaki, masing-masing berusia 60 tahun dan 66 tahun, diberkas kerana menggunakan buku lima dalam satu pergaduhan di sebuah kedai kopi di Taman Jurong, menurut polis hari ini (13 Mac).
SINGAPURA: Dua lelaki, masing-masing berusia 60 tahun dan 66 tahun, diberkas kerana menggunakan buku lima dalam satu pergaduhan di sebuah kedai kopi di Taman Jurong, menurut polis hari ini (13 Mac).
Pergaduhan itu berlaku pada 3 Mac di Blok 101 Yung Sheng Road, di mana terletaknya kedai kopi berkenaan. Menurut polis, pihaknya dimaklumkan mengenai insiden tersebut pada sekitar 7.20 malam.
Seorang lelaki didapati mengalami kecederaan pada bahagian mukanya selepas dipercayai diserang oleh dua lelaki yang menggunakan senjata buku lima, menurut polis. Lelaki berkenaan kemudian dihantar ke hospital.
Para penyerang bagaimanapun sudahpun melarikan diri apabila para pegawai polis tiba di tempat kejadian. Mereka diberkas pada Isnin (11 Mac) selepas pihak polis mengenal pasti identiti mereka dengan bantuan rakaman CCTV.
Rakaman video pergaduhan itu tersebar secara online dan menunjukkan dua lelaki berkali-kali menumbuk seseorang lagi lelaki. Salah seorang daripada mereka juga boleh dilihat menendang mangsa.
Kedua-dua lelaki akan dihadapkan ke mahkamah hari ini (13 Mac) kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya, dengan mempunyai niat yang sama.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tujuh tahun, didenda dan dirotan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.