Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 lelaki cedera parah setelah kereta mereka dilanggar kereta api

Dua lelaki cedera parah di Sabah pada Rabu (26 Sep) setelah kereta mereka dilanggar oleh sebuah kereta api dan diheret sejauh 20 meter.

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki cedera parah setelah kereta mereka dilanggar kereta api

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 26 Sep 2018 06:16PM Dikemas Kini : 26 Sep 2018 06:23PM

KOTA KINABALU: Dua lelaki cedera parah di Sabah pada Rabu (26 Sep) setelah kereta mereka dilanggar oleh sebuah kereta api dan diheret sejauh 20 meter.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah menyatakan bahawa kemalangan itu berlaku pada jam 1.10 tengah hari berdekatan Tugu Peringatan Perang Petagas di mana, kedua-dua lelaki, yang berusia 20-an tahun yang berada dalam kereta ketika itu, cuba melintas jalan raya utama.

Menurut pusat operasi jawatan tersebut, pihaknya mengerahkan seramai 12 kakitangan penyelamat ke tempat kejadian setelah menerima panggilan pada 1.18 tengah hari. Kedua-dua lelaki itu dibawa ke hospital terdekat.

Menurut laporan New Straits Times, seorang saksi di tempat kejadian berkata bahawa beliau terdengar bunyi semboyan sebelum kerete api dan kereta itu berlanggar.

"Ia sedang hujan gerimis ketika kejadian itu dan saya tidak pasti sama ada terdapat penghadang di landasan kereta api atau jika ia berfungsi.

"Saya diberitahu bahawa kedua-dua pemandu dan penumpang kereta itu adalah dari kampung saya. Saya berharap mereka dalam keadaan baik," katanya.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan