Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 kedai dekat Champs-Elysees dijarah setelah Algeria menang

Dua kedai berdekatan Champs-Elysees di Paris dijarah pada Khamis malam (11 Jul), semasa meraikan kemenangan Algeria dalam kejohanan Piala Negara-Negara Afrika.

Anggaran Waktu Membaca:
2 kedai dekat Champs-Elysees dijarah setelah Algeria menang
Diterbitkan : 12 Jul 2019 01:36PM Dikemas Kini : 12 Jul 2019 01:45PM

PARIS: Dua kedai berdekatan Champs-Elysees di Paris dijarah pada Khamis malam (11 Jul), semasa meraikan kemenangan Algeria dalam kejohanan Piala Negara-Negara Afrika.

Ribuan orang berhimpun di mercu tanda terkenal di ibu negara Perancis itu setelah Algeria menewaskan Ivory Coast, sekaligus melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Bagaimanapun, sedang para penyokong meraikan kemenangan itu, sekumpulan individu menjarah dua kedai berdekatan, termasuk sebuah kedai motosikal, menurut seorang wartawan AFP.

Beberapa orang menjarah kedai-kedai, mencuri topi keledar, sarung tangan dan juga motosikal.

Polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai dan sekurang-kurangnya seorang individu diberkas, menurut wartawan AFP.

Para penyokong bola sepak lazimnya berkumpul di Champs-Elysees untuk meraikan kemenangan.

Gas pemedih mata juga digunakan untuk mengawal para penyokong warga Algeria yang berhimpun di Old Port di Marseille bagi meraikan kemenangan pasukan mereka. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan