Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 kakitangan jet pejuang AS maut selepas pesawat terhempas

Dua kakitangan sebuah jet pejuang Amerika Syarikat terbunuh selepas pesawat jenis Hornet terhempas di Florida Keys semasa menjalani latihan.

Anggaran Waktu Membaca:
2 kakitangan jet pejuang AS maut selepas pesawat terhempas

Gambar: REUTERS

Diterbitkan : 15 Mar 2018 07:47PM Dikemas Kini : 15 Mar 2018 07:50PM

FLORIDA: Dua kakitangan sebuah jet pejuang Amerika Syarikat terbunuh selepas pesawat jenis Hornet terhempas di Florida Keys semasa menjalani latihan.

Gambar dan video yang dirakam para saksi menunjukkan sebuah helikopter penyelamat berlegar di atas jet malang itu.

Dua krew yang terkorban termasuk seorang juruterbang dan seorang pegawai sistem senjata.

Dua orang mangsa itu ditemui kira-kira
1.6 kilometer ke timur landasan sebelum dikejarkan ke hospital berdekatan.

Jet FA-18 Super Hornet tersebut dilaporkan sedang cuba mendarat apabila kejadian berlaku.
 

Sumber : Reuters/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan