Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 badak air di zoo Belgium positif COVID-19

Dua badak air di sebuah taman haiwan Belgium diuji positif COVID-19, menurut penjaga haiwan-haiwan itu pada Jumaat (3 Dis) sambil menekankan haiwan tersebut tidak dalam bahaya.

Anggaran Waktu Membaca:
2 badak air di zoo Belgium positif COVID-19

Gambar hiasan seekor badak air (Gambar: GIUSEPPE CACACE/AFP)

Diterbitkan : 04 Dec 2021 11:21PM Dikemas Kini : 04 Dec 2021 11:33PM

BRUSSELS: Dua badak air di sebuah taman haiwan Belgium diuji positif COVID-19, menurut penjaga haiwan-haiwan itu pada Jumaat (3 Dis) sambil menekankan haiwan tersebut tidak dalam bahaya.

Jangkitan di Antwerp Zoo itu bukan kali pertama haiwan diuji positif semasa pandemik sekarang ini, tetapi kebanyakannya melibatkan kucing dan monyet.

Bangunan yang menempatkan Hermien dan Imani, badak ibu dan anak berusia 41 dan 14 tahun, itu ditutup kepada orang ramai.

Zoo Taman haiwan Antwerp menguji haiwannya tahun lalu dan tidak menemui sebarang kes koronavirus, tetapi doktor haiwan Francis Vercammen memeriksa badak air itu apabila kes meningkat semula pada musim sejuk ini.

"Kali ini mereka mengeluarkan hingus, yang telah saya uji sebagai langkah berjaga-jaga untuk memeriksa bakteria," katanya.

"Setahu saya, ini adalah jangkitan pertama yang diketahui dalam spesies ini. Di seluruh dunia, virus ini kebanyakannya dilaporkan dalam kera dan kucing besar."

Tidak diketahui bagaimana badak itu terdedah kepada virus COVID-19 Penjaga mereka tidak mempunyai simptom tetapi mengambil langkah berjaga-jaga tambahan dan akan dikuarantin jika mereka disahkan positif.  

Sumber : AFP/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan