Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 ahli jawatankuasa pemilihan PKR direman berhubung kes rasuah

Mahkamah Majistret di Alor Setar pada Ahad (16 Sep) mengeluarkan perintah tahanan reman enam hari terhadap dua anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah sebanyak RM20,000 (S$6,630).

Anggaran Waktu Membaca:
2 ahli jawatankuasa pemilihan PKR direman berhubung kes rasuah

Gambar fail.

Diterbitkan : 16 Sep 2018 07:45PM Dikemas Kini : 16 Sep 2018 07:46PM

ALOR SETAR: Mahkamah Majistret di Alor Setar pada Ahad (16 Sep) mengeluarkan perintah tahanan reman enam hari terhadap dua anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah sebanyak RM20,000 (S$6,630).

Perintah itu dikeluarkan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun dan kes disiasat mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedua-dua lelaki berumur 46 dan 48 tahun itu ditahan SPRM secara berasingan, masing-masing di Plaza Tol PLUS Pendang pada 3.25 petang dan di sebuah restoran di sini pada 12.20 tengah hari pada Selasa.

Menurut sumber SPRM dua suspek yang juga Sekretariat Jawatankuasa Pemilihan parti itu dipercayai meminta suapan tersebut daripada seorang lelaki untuk mengelak nama lelaki berkenaan digugurkan daripada senarai nama calon bagi jawatan Ketua Cabang PKR pada pemilihan kali ini.

Sumber SPRM itu berkata kedua-dua suspek dipercayai masing-masing hanya mengambil RM5,000 (S$1,660) terlebih dahulu daripada lelaki berkenaan semalam.

"Semasa tahanan dibuat kelmarin (semalam), kita rampas RM10,000 (S$3,320) daripada dua suspek ini iaitu masing-masing RM5,000 (S$1,660) ," katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Alor Setar hari ini.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan