Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 ADUN dari Melaka, Negeri Sembilan ditangkap; disyaki terlibat dengan LTTE

Dua ahli dewan undangan negeri (ADUN), masing-masing dari Melaka dan Negeri Sembilan, adalah antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dari Sri Lanka.

Anggaran Waktu Membaca:
2 ADUN dari Melaka, Negeri Sembilan ditangkap; disyaki terlibat dengan LTTE

Polis Malaysia menangkap dua ADUN dari parti DAP dalam operasi Bukit Aman kerana disyaki ada kaitan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). (Gambar: Pihak berkuasa Malaysia)

Diterbitkan : 10 Oct 2019 07:51PM Dikemas Kini : 10 Oct 2019 09:12PM

KUALA LUMPUR: Dua ahli dewan undangan negeri (ADUN), masing-masing dari Melaka dan Negeri Sembilan, adalah antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dari Sri Lanka.

Penahanan kesemua mereka dibuat dalam operasi polis cawangan khas Bukit Aman di Melaka, Perak, Kedah dan Negeri Sembilan bermula jam 9.00 pagi pada Khamis (10 Okt).

Malay Mail melaporkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P. Ramasamy sebagai mengesahkan bahawa kedua-dua ADUN yang ditangkap itu adalah anggota parti DAP. Mereka ialah G. Saminathan dan P. Gunasekaren.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pencegahan Keganasan (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata kesemua tujuh suspek yang ditahan berada dalam pemantauan polis sejak November lalu.

Kesemua suspek berkaitan LTTE ditahan di bawah SOSMA selama 28 hari.

“Ada pihak-pihak tertentu dari luar cuba mengaktifkan LTTE di negara ini...kami ambil tindakan untuk tangkap kerana kami tidak mahu biarkan mereka berkembang,” katanya semasa sidang akhbar khas di Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut laporan Astro Awani, para suspek disyaki mempromosi, menyokong, menghasut, menggalakkan dan mencari dana serta mempunyai item berkaitan dengan kumpulan pemberontak LTTE itu.

Operas-operasi dilancarkan di enam buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Kedah, menurut laman itu lagi.

Encik Ayob Khan berkata secara keseluruhan, seramai 25 individu ditahan kerana disyaki terlibat dengan LTTE di negara ini sejak 2009. 

Laman Malaysiakini pula melaporkan polis sebagai menyatakan bahawa lebih banyak tangkapan akan dibuat ke atas penyokong-penyokong LTTE di Malaysia. 

Sumber : Bernama/Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan