Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 adik beradik dipercayai lari dari rumah setelah ditegur ibu

Dua kanak-kanak yang hilang dari kediaman merekadi Taman Jujur, Seremban pada Ahad (14 Apr), dipercayai berpunca akibat teguran ibu mereka kerana mereka tidak membantunya mengemas rumah, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Supt Mohd Rosli Ishak.

Anggaran Waktu Membaca:
2 adik beradik dipercayai lari dari rumah setelah ditegur ibu

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 17 Apr 2019 10:39PM Dikemas Kini : 17 Apr 2019 10:42PM

SEREMBAN: Dua kanak-kanak yang hilang dari kediaman merekadi Taman Jujur, Seremban pada Ahad (14 Apr), dipercayai berpunca akibat teguran ibu mereka kerana mereka tidak membantunya mengemas rumah, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Supt Mohd Rosli Ishak.

Katanya mengikut siasatan, kedua-dua kanak-kanak terbabit, keluar rumah kira-kira jam 1.30 petang dengan membawa beg sekolah yang diisi dengan pakaian.

"Pengadu seorang wanita Rohingya berumur 31 tahun, seorang suri rumah, sudah membuat satu aduan di Balai Polis Sikamat, dengan berkata bahawa dua orang anak perempuannya berumur 8 tahun, dan 13 tahun, tahun telah melarikan diri dari rumah sewanya.

"Pengadu juga mencari di sekitar kawasan serta berhubung dengan saudaranya tetapi kedua-dua anaknya tidak ada di rumah saudara-saudaranya yang lain," katanya dalam satu kenyataan, hari ini (17 Apr).

Katanya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai Orang Hilang serta usaha sedang dijalankan mengesan lokasi kedua-dua beradik itu.

Menurut ibu kanak-kanak terbabit, Cik Hasina Begum Hassan, 31 tahun, anaknya Nurhidayah Zahid Hussain, 8 tahun, dan Nurzahidah, 13 tahun, dipercayai melarikan diri dari kediaman mereka di Taman Jujur, Ahad lalu, selepas beliau pulang rumah kira-kira jam 1.30 petang dan mendapati kedua-dua anaknya itu, tiada di rumah.

"Sebelum kehilangan kedua-dua anak saya, ada berlaku perselisihan faham antara kami dan berkemungkinan ianya antara punca mereka berbuat demikian.

"Bagaimanapun, apa yang berlaku itu sekadar nasihat saya sebagai ibu yang mahukan terbaik untuk anak-anak. Tiada niat lain kerana saya sayangkan mereka," katanya.

Cik Hasina berkata, hari ini merupakan hari keempat mereka hilang, dan beliau sudah mencuba mengesannya dipelbagai tempat termasuk kawasan sekitar Seremban dan berharap anaknya itu segera pulang kerana beliau amat merindui mereka.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan