Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2,700 penduduk dipindahkan selepas Ile Lewotolok meletus

Sebuah gunung berapi di bahagian timur wilayah Nusa Tenggara di Indonesia meletus pada Ahad (29 Nov), memuntahkan debu dan asap setinggi 4 kilometer ke udara dan memaksa lebih 2,700 penduduk mencari tempat berteduh, menurut agensi pengurusan bencana negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
2,700 penduduk dipindahkan selepas Ile Lewotolok meletus

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 30 Nov 2020 09:17AM Dikemas Kini : 30 Nov 2020 09:37AM

JAKARTA: Sebuah gunung berapi di bahagian timur wilayah Nusa Tenggara di Indonesia meletus pada Ahad (29 Nov), memuntahkan debu dan asap setinggi 4 kilometer ke udara dan memaksa lebih 2,700 penduduk mencari tempat berteduh, menurut agensi pengurusan bencana negara itu.

Indonesia mempunyai hampir 130 gunung berapi yang aktif, lebih banyak berbanding negara-negara lain. Meskipun banyak gunung tersebut menunjukkan tahap kegiatan yang tinggi, ia mungkin akan mengambil masa selama berminggu-minggu ataupun berbulan-bulan sebelum letusan berlaku.

Dalam kenyataannya, Raditya Jati, jurucakap Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) berkata letusan Gunung Ile Lewotolok, yang terletak sekitar 2,600 kilometer dari bahagian timur Jakarta, mencetuskan panik dalam kalangan penduduk yang tinggal berhampiran.

Sekitar 2,780 penduduk daripada 26 kampung mencari tempat berteduh, meskipun tiada kematian dilaporkan sejauh ini, kata Encik Jati.

Muhammad Ilham, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang menyaksikan letusan itu memberitahu Reuters bahawa para penduduk yang tinggal berhampiran "berasa cemas dan masih mencari tempat berteduh dan sangat memerlukan wang sekarang".

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia menyatakan di lamannya bahwa kawasan berdekatan dengan gunung berapi itu mungkin diselubungi dengan "awan panas, aliran dan runtuhan lahar dan gas beracun".

Kasbani yang mengetuai pusat itu memberitahu Reuters bahawa status gunung berapi itu dinaikkan ke tahap kedua tertinggi dalam sistem amaran empat peringkat disebabkan oleh "ancaman yang semakin meningkat".

Hanya tiga gunung berapi diletakkan di tahap tersebut, menurut agensi itu. Ini termasuk gunung berapi Merapi di Pulau Jawa dan Gunung Sinabung di Sumatera, yang meletus pada bulan ini.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan