Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1MDB skandal "paling dahsyat", Anwar luah pengalaman dan harapan

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim menyifatkan skandal rasuah 1MDB sebagai paling dahsyat dan salah satu skandal kewangan terburuk melibatkan mana-mana kerajaan.

Anggaran Waktu Membaca:
1MDB skandal "paling dahsyat", Anwar luah pengalaman dan harapan

Anwar Ibrahim dalam temu bual dalam program UpFront terbitan Al Jazeera. (Petikan gambar dari video Al Jazeera)

Diterbitkan : 22 Sep 2018 11:10AM Dikemas Kini : 22 Sep 2018 11:14AM

WASHINGTON: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim menyifatkan skandal rasuah 1MDB sebagai paling dahsyat dan salah satu skandal kewangan terburuk melibatkan mana-mana kerajaan.

Dalam temu bual dalam program UpFront terbitan Al Jazeera, Encik Anwar yang baru-baru ini memenangi jawatan presiden PKR memberitahu hos program UpFront Mehdi Hasan: “Skandal ini paling dahsyat. Ia adalah salah satu skandal kewangan terburuk melibatkan mana-mana kerajaan”.

“Oleh itu, amatlah penting tindakan tegas diambil,” kata beliau. "Tetapi kerajaan baru ini sudah menyatakan dan memberi jaminan bahawa siasatan dijalankan secara profesional. Pendakwaan mestilah tidak berniat jahat dan badan kehakiman juga mesti bebas”.

Menyentuh mengenai cita-cita politiknya, Encik Anwar menjelaskan mengapa beliau berubah fikiran dan mengambil keputusan untuk bertanding dan memasuki parlimen dalam tempoh masa tidak lama selepas beliau dibebaskan dari penjara.

“Saya berada dalam penjara selama lebih 10 tahun. Apa yang anda buat? Adakah anda membaca dan berehat?” katanya. “Sekarang, empat bulan sudah berlalu sejak pilihan raya umum yang lalu... Saya fikir sudah tiba masanya untuk masuk semula ke parlimen untuk membantu dalam pembaharuan parlimen.

ULAS TENTANG HUKUMAN ATAS TUDUHAN LIWAT

Dalam apa yang jelas dilihat sebagai tuduhan bermotifkan politik dan palsu, Encik Anwar sudah dua kali dipenjarakan atas tuduhan liwat. Penalti bagi melanggar undang-undang ini boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan disebat di khalayak ramai.

“Ini bukan kuno, ia adalah undang-undang kolonial yang diperkenalkan di India dan turut diamalkan di Malaysia. Ia sama sekali tidak adil kerana seseorang boleh dituduh, tanpa bukti yang kukuh. Ini jelas sekali dalam kes saya," kata Encik Anwar.

“Undang-undang harus dipinda untuk memastikan keadilan dalam proses ke arah itu dan ia bukan hanya soal orientasi seksual,” katanya. Ia adalah apa yang anda lakukan atau memaparkan secara terbuka yang bercanggah dengan norma-norma majoriti rakyat Malaysia, bukan sahaja orang Islam tetapi juga Kristian, Hindu, Buddha di Malaysia”.

Dalam temu bual itu, Encik Anwar turut mengulas mengenai hukuman sebat di khalayak ramai ke atas dua wanita, yang dituduh cuba melakukan hubungan seks sejenis di Terengganu, negeri di pantai timur Malaysia.

“Saya juga mengutuk hukuman sebat ke atas golongan lesbian yang dilaksanakan oleh PAS Terengganu,” kata beliau."Saya fikir ini memang jelas tidak adil. Walaupun mereka menggunakan undang-undang Syariah sebagai asas, kita tidak boleh mempertahankan tindakan sedemikian”.

USUL ADAKAN WADAH BINCANG BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH KELANTAN

Mengenai rang undang-undang yang dicadangkan oleh PAS untuk memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah di Kelantan, Encik Anwar berkata: “Itu adalah interpretasi mereka yang diperkenalkan, dan kami menolaknya.

“Sekurang-kurangnya benarkan forum untuk membincangkannya,” sambil menambah bahawa “ini bukannya hudud Syariah, ini adalah tafsiran mereka sendiri atau beberapa aspek daripadanya”.

“Oleh itu, kita perlu mengkaji semula keseluruhan isu tafsiran Syariah,” kata beliau.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan