Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1MDB: Roger Ng setuju diekstradisi ke AS

Bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc Roger Ng, hari ini (15 Feb) bersetuju untuk diekstradisi ke Amerika Syarikat, bagi menghadapi tuduhan jenayah ke atasnya berhubung penyelewengan dana 1MDB.

Anggaran Waktu Membaca:
1MDB: Roger Ng setuju diekstradisi ke AS

(Gambar fail: Brendan McDermid/Reuters)

Diterbitkan : 15 Feb 2019 06:17PM Dikemas Kini : 15 Feb 2019 06:19PM

KUALA LUMPUR: Bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc Roger Ng, hari ini (15 Feb) bersetuju untuk diekstradisi ke Amerika Syarikat, bagi menghadapi tuduhan jenayah ke atasnya berhubung penyelewengan dana 1MDB.

Roger Ng atau Ng Chong Hwa, 47 tahun, ditahan di Kuala Lumpur sejak 1 Nov 2018 selepas Jabatan Keadilan Amerika mengumumkan dakwaan ke atasnya bagi tiga tuduhan jenayah berkaitan 1MDB.

Ng dipercayai mencapai persetujuan dengan Jabatan Keadilan Amerika bagi syarat-syarat jaminan dan yang lainnya.Dia akan ditahan di Penjara Sungai Buloh sehingga proses ekstradisinya ke Amerika Syarikat selesai.

Pada 19 Dis 2018, Ng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat tuduhan bersubahat dengan Goldman Sachs berhubung penjualan Nota-Nota Terjamin anak syarikat 1MDB berjumlah AS$6.5 bilion (S$8.83 bilion).

Sumber : Bernama/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan