Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

19 militan mati dalam serangan udara di barat Afghanistan

Sekurang-kurangnya 19 militan termasuk pemimpin tempatan Taliban terbunuh manakala tujuh lagi cedera, selepas pasukan gabungan NATO melancarkan serangan udara di wilayah barat Farah, lapor Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
19 militan mati dalam serangan udara di barat Afghanistan

Kawasan yang terkena serangan udara. (Gambar fail: Noorullah Shirzada/AFP)

Diterbitkan : 06 Dec 2018 06:15PM Dikemas Kini : 06 Dec 2018 06:19PM

FARAH: Sekurang-kurangnya 19 militan termasuk pemimpin tempatan Taliban terbunuh manakala tujuh lagi cedera, selepas pasukan gabungan NATO melancarkan serangan udara di wilayah barat Farah, lapor Xinhua.

Jurucakap polis tempatan, Encik Muhibullah Muhib berkata, pemimpin Taliban Aga Mir Adalat bersama 10 orang bawahannya maut apabila serangan udara itu menyasarkan tempat persembunyian di Naidi, di daerah Khaki Safed pada Rabu (5 Dis).

Pemimpin Taliban itu mengetuai lebih 200 orang militan di daerah yang bergolak berkenaan, katanya.

Dalam serangan berasingan di daerah Bala Buluk, lapan anggota militan maut dan tujuh lagi cedera serta tiga kubu persembunyian dimusnahkan.

Pasukan tentera Afghanistan, yang disokong gabungan NATO diketuai Amerika Syarikat, mempergiat operasi memerangi militan ketika kumpulan itu berusaha menawan wilayah dan mengukuhkan kedudukan mereka menjelang musim sejuk.

Tiada sebarang kenyataan balas dikeluarkan Taliban berhubung laporan berkenaan setakat ini.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan