Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

19 mayat rentung dijumpai dekat sempadan Mexico-AS

Sekurang-kurangnya 19 mayat rentung ditemukan di Mexico dekat sempadan Amerika Syarikat di mana kartel-kartel dadah biasanya bertempur.

Anggaran Waktu Membaca:
19 mayat rentung dijumpai dekat sempadan Mexico-AS

Gambar fail bendera Mexico. (Gambar: AFP/Claudio Cruz)

Diterbitkan : 24 Jan 2021 09:51PM Dikemas Kini : 24 Jan 2021 09:53PM

CIUDAD VICTORIA: Sekurang-kurangnya 19 mayat rentung ditemukan di Mexico dekat sempadan Amerika Syarikat di mana kartel-kartel dadah biasanya bertempur.

Demikian menurut pejabat pendakwa raya Tamaulipas.

Semalam (23 Jan), polis mendapati dua kenderaan hangus dengan mayat rentung di dalamnya di sebatang jalan berdekatan bandar Carmago.

Siasatan awal menunjukkan mangsa ditembak sebelum dibakar.

Menurut polis, oleh kerana tiada selongsong peluru dijumpai di tempat kejadian, mungkin juga mangsa dibunuh di tempat lain.

Pembedahan ke atas mayat sedang dijalankan tetapi usaha untuk mengenal pasti mangsa agak sukar disebabkan keadaan mereka yang sudah rentung, menurut satu sumber pejabat pendakwa.

Carmago adalah sebuah bandar dengan sekitar 15,000 orang. Ia bersempadan wilayah Texas Amerika dan berdekatan dengan bandar Nuevo Leon Mexico.

Di daerah itu sering berlaku pertempuran antara kartel Noreste, yang mengawal Nuevo Leon dan kartel Teluk, yang aktif di Tamaulipas berdekad-dekad lamanya.

Dalam Januari 2019, 24 mayat dijumpai, di bandar jiran Miguel Aleman, 15 daripadanya rentung.

Mexico mencatat 34,523 kes bunuh dalam tahun 2020, kurang sedikit berbanding 2019 dengan sebanyak 34,608 kes sedemikian.

Keganasan berkaitan kartel membelenggu Mexico sejak 2006, dengan lebih 300,000 insiden pembunuhan.

Sumber : AFP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan