Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

19 maut hospital tentera Kabul diserang

Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan lagi 50 cedera dalam serangan di sebuah hospital tentera di Kabul pada Selasa (2 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:

KABUL: Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan lagi 50 cedera dalam serangan di sebuah hospital tentera di Kabul pada Selasa (2 Nov). Serangan itu adalah yang terbaru menggegarkan Afghanistan sejak Taliban mengambil alih kuasa.

Dua letupan berlaku dekat pintu masuk hospital, diikuti dengn laporan tembakan di dalam hospital, menurut Taliban dan seorang saksi.

"19 mayat dan sekitar 50 orang cedera dibawa ke hospital di Kabul," kata seorang pegawai kementerian kesihatan yang enggan namanya didedahkan kepada AFP.

Selama 20 tahun, Taliban melancarkan pemberontakan terhadap pemerintah Afghanistan disokong Amerika Syarikat yang digulingkan.

Kini Taliban berdepan cabaran untuk membawa kestabilan di negara itu, yang sejak beberapa minggu lalu kebelakangan ini menghadapi beberapa siri serangan berdarah oleh cabang tempatan ISIS.

Belum ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan yang berlaku hari ini.

"Saya berada di dalam hospital. Saya terdengar bunyi letupan kuat dari tempat pemeriksaan yang pertama. Kami disuruh pergi ke tempat selamat. Saya juga dengar bunyi tembakan," kata seorang doktor di hospital berkenaan, Sardar Mohammad Daud Khan kepada AFP.

"Saya masih boleh mendengar bunyi tembakan dalam bangunan hospital. Saya rasa penyerang pergi dari satu bilik ke satu bilik yang lain... seperti pertama kali kami diserang," menurut doktor itu lagi.

Hospital itu yang merawat tentera yang cedera dari kedua-dua angkatan keselamatan Afghanistan dan Taliban, sebelum ini pernah diserang pada 2017 apabila lelaki bersenjata menyamar sebagai kakitangan perubatan membunuh sekurang-kurangnya 30 orang dalam pengepungan yang berlaku selama beberapa jam.

Seorang jurucakap media Taliban mengesahkan dua letupan berlaku di kawasan hospital itu pada Selasa.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan